MOHD ADANAN HASSAN

Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan

Hubungi
Explore more
alex-vidal

About

lines

'Cikgu Ney' ialah satu panggilan individu yang tidak asing lagi oleh masyarakat di Tumpat. Nama penuh beliau ialah Hj Mohd Adanan Bin Hassan. Dilahirkan di kawasan tumpat dan merupakan anak jati Dun Kelaboran. Diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dun Kelaboran bermula tahun 2018 adalah satu tanggungjawab yang amat berat. Pengalaman berkecimpung dalam bidang politik melebihi 40 tahun dapat memberi kematangan dalam membuat keputusan tentang selok belok politik masa kini dalam mengetuai bahtera Dun Kelaboran pada kali ini.

Jiwa seorang pendidik tidak pernah luntur dalam dirinya walaupun sudah menjangkaui sedekad melapasi zaman berpencen. Mesra dengan panggilan 'cikgu ney' oleh masyarakat setempat membuktikan bahawa masyarakat mengenali beliau dengan seorang guru. Sedikit coretan perjalanan beliau, kerjaya beliau sebagai seorang pendidik bermula di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun Terian Pahang pada tahun 1979. Pada masa inilah beliau mula berjinak-jinak dengan dunia politik, diasuh dan ditarbiah oleh guru-guru yang ditukarkan di sana yang aktif dalam bidang politik secara langsung dapat membina asas yang kukuh dalam membentuk jati diri sebagai petugas islam.

Pada tahun 1984, beliau dapat ditukarkan di kelantan, peluang emas untuk belajar agama di negeri sendiri tidak di sia-siakan. Menghadiri pengajian agama di waktu petang bersama tok guru pondok serta mendengar kuliah maghrib di masjid-masjid menjadi rutin kewajipan beliau dalam mencari ilmu sebagai seorang islam. Pada hari jumaat pula beliau berada di dataran ilmu kota bharu mendengar kuliah Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz b Nik Mat. Di samping itu juga, beliau tidak pernah lekang dalam menghadiri program-program parti yang diadakan seperti usrah dan lain-lain lagi.

Semasa bertugas di sekolah sering meminta dengan guru besar untuk mengajar kelas yang terlibat dengan peperiksaan iaitu kelas UPSR. Mula dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Laut Tumpat. Pada tahun 2004 ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Jerek Gua Musang dan Pada tahun 2006 dinaikkan pangkat sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Gua Musang. Di sekolah Kebangsaan Pos Brooke pernah menerima anugerah khas daripada Kementerian pendidikan Malaysia. Perkhidmatan sebagai seorang guru berakhir di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke pada tahun 2014. Selepas pencen ditawarkan bertugas sebagai Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Kelantan pada tahun 2015. Pada tahun 2018 dicadangkan untuk menjadi calon PAS di Dun Kelaboran dan menang dengan mendapat mejoriti 4926 dalam pertandingan tiga penjuru iaitu Pas, Barisan Nasianal dan Pakatan Harapan.

Hasil perkahwinan dengan Pn Rohani bt Ali diangerahkan 13 orang anak. Dalam mendidik anak anak alhamdulillah dapat melahirkan lima orang hafiz Al Quran. Sepuluh orang dapat belajar sampai ke menara gading , seorang down cyndrome dan dua orang masih berada di sekolah menengah. Tujuh orang anak anak memilih kerjaya sebagai seorang guru. Pengalaman dalam parti bermula dengan setiausaha cawangan,.ajk pemuda kawasan tumpat, bendahari pemuda kawasan Tumpat,.ajk.pas kawasan Tumpat, Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.dan sekarang sebagai Naib Yang Diperua Pas Kawasan Tumpat.

Pengalaman dalam pilihanraya bermula sebagai setiausaha unit daerah mengundi, setiausaha dun, pengarah pilihanraya dun, Pengarah Pilihanraya Pas Kawasan dan akhirnya sebagai calon. Dalam kerajaan diberi tugas sebagai ajk PAC negeri.

My recent Works

lines

Pembinaan Sekolah

Bantuan Barangan Dapur

Kebakaran Sebuah Rumah

Bakul Makanan

Misi Bantuan Banjir

Menziarah Pesakit

Loading...

You are visitor number

The current time in Malaysia

0

Seconds on this site!

Front End Developer

Address

No 27 Jalan Setia Utama, Bandar Bentara, Tumpat, Malaysia, 16200

Back End Developer

Contact Details

09-726 0333

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday CLOSED
Saturday CLOSED
Sunday 09:00 - 17:00